History
Pengaruh dengan aksi-aksi hebat beladiri dalam file Jepun dan Cina menjadi inspirasi dan dorongan kepada Chee Moon Piow untuk berjaya dalam dunia itu.
Ia berlaku 35 tahun lalu, iaitu zaman remaja yang penuh dengan keinginan. "Saya sudah lupa tajuk-tajuk filem itu...ia berlaku lama dulu, tetapi yang benar-benar memberikan semangat untuk belajar beladiri adalah dari cerita Jepun."
"Aliran karate dan judo membuat saya menjadi gila beladiri ketika itu..." senyum Chee yang kini sudah dapat gelaran master dan memegang tali pinggang hitam darjah ke-7 Persekutuan Taekwondo Global (GTF) Malaysia. Beliau seterusnya menceritakan pengaruh filem telah memberanikan dirinya untuk menyertai Kelab Aikido Lelaki Gurney.
Advice
Bagaimana hendak menjadi seorang artis beladiri yang baik, jawapan saya... dapatkan guru yang baik.
Jika diri suka makan laksa, tidak semua laksa rasanya sama. Kalau tukang masak tidak bagus, maka kurang sedap rasanya.
Cari dan pilih guru yang terbaik bukan beladiri. Tak kisah jika aliran guru itu taichi, kungfu, silat atau pelbagai lagi. Jika guru itu bagus, anak murid itu juga akan menjadi sedemikian.
|